RSS

Monthly Archives: May 2012

Aku Mau

Image

 

Aku Mau

Kau boleh acuhkan diriku
Dan anggap ku tak ada
Tapi takkan merubah perasaanku
Kepadamu

Kuyakin pasti suatu saat
Semua kan terjadi
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi
Kujanjikan aku ada

Kau boleh jauhi diriku
Namun kupercaya
Kau kan mencintaiku
Dan tak akan pernah melepasku

Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Aku yang rela terluka
Untuk masa lalu

Image

 
1 Comment

Posted by on May 21, 2012 in Uncategorized

 

CINTA!!! Ia Datang Tanpa Diduga (O_o)

Image

 Pernahkah kita terfikir bagaimana caranya cinta itu menyusup masuk ke dalam jiwa kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar ada insan yang cuba mengetuk pintu hati kita. Ada pula yang sesetengah itu menyelinap masuk ke sudut hati tanpa kita duga.

 Perasaan ini selalunya mengambil masa dan yang terjadi segera itu barangkali petanda cinta pandang pertama. Walaupun ramai yang cuba mengatakan seakan tidak wujud cinta seumpama itu tetapi hakikatnya memang ada cinta sebegitu lahir dalam kalangan pasangan yang mengalami perasaan cinta.

Image

 Cinta itu dikatakan buta. Dan peranan kita untuk mencelikkan cinta yang meraba dalam kegelapan itu. Bukalah pintu hati anda kepada mereka yang cuba untuk mendampingi diri anda. Ingatlah bahawa anda tidak rugi sekiranya memberi peluang. Kita sendiri tidak tahu barangkali yang kita hindari itulah jodoh pilihan untuk kita. Haruslah kita kenali dirinya dahulu sebelum mengadili diri seseorang.

Image Perihal cinta ini perihal serius. Ia melibatkan soal hati. Ia melibatkan soal siapa yang bertakhta di singgahsana ini. Cinta itu punya erti yang sejuta.

 
2 Comments

Posted by on May 15, 2012 in Uncategorized

 

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan

Image

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Image

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.

Saya juga percaya di dalam agama-agama yang lain juga ada dibincangkan tentang “Sifat Pemaaf & Kemaafan”.

 Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.

 Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.

 

Image

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2012 in Uncategorized

 

PERBANYAKKANLAH MINUM AIR

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

Adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air sejurus selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan kebaikan dan nilainya. Jom kita amalkan meminum air selalu.

Untuk penyakit-penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit seperti penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asmabronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, penyakit telinga, hidung dan tekak.

Image

KAEDAH RAWATAN

  1. Ketika anda bangun pada waktu pagi sebelum menggosok gigi, minumlah 4 x 160ml gelas air.
  2. Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  4. Selepas 15 minit sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum apa pun selama 2 jam.
  5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas sehari.

Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit yang sakit dan lain-lain boleh menikmati kehidupan yang sihat. Insya Allah..

Jadi, marilah kita semua merajinkan diri untuk perbanyakkan meminum air selalu. Buat yang tersayang….selalulah minum air ok..

 

Menjauhi Lebih Baik Daripada Mengubati

 

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

  1. Tekanan Darah tinggi (30 hari)
  2. Gastrik (10 hari)
  3. Diabetes (30 hari)
  4. Sembelit (10 hari)
  5. Kanser (180 hari)
  6. TB (90 hari)
  7. Pesakit artritis harus mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian ..

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.
 
Ia adalah lebih baik jika kita meneruskan kaedah ini dan memjadikan prosedur ini sebagai kerja rutin dalam kehidupan kita. Minum Air dan Kekal sihat serta aktif.
 
Ini masuk akal .. Yang Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan mereka .. bukan air sejuk. Mungkin sudah tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan!! Tiada apa-apa jua kerugian yang akan kita dapat …
 
Bagi orang-orang yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda.
 
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.Walaubagaimanapun, air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
 
Sekali ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
 
Tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Yang terbaik adalah untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

 

Nota penting tentang serangan jantung:

  • Wanita perlu tahu bahawa bukan semua tanda – tanda serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada.
  • Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
  • Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
  • Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda lazim.
  • 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun.
  • Sakit pada dada boleh membangunkan anda dari tidur yang nyenyak. Mari berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu, peluang yang lebih baik kita boleh bertahan …

Jadi, marilah kita berkongsi maklumat ini. Rajin-rajinlah minum air ok. Bayangkanlah mana satu yang lancar perjalanannya….sungai yang jernih bersih yang mengalir ataupun sungai lumpur pekat dengan sampah-sarap?  Begitulah ibaratnya denga saluran darah kita di dalam badan..

Renung-renungkanlah.. Minumlah air..

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2012 in Uncategorized

 

BAHAYA FITNAH!!! LAGI-LAGI PASAL FITNAH!!

ImageSaya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasanya cukup relevan berikutan beberapa peristiwa:

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

ImageBanyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

ImageHakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

ImageLarangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Image

 
Leave a comment

Posted by on May 15, 2012 in Uncategorized