RSS

Monthly Archives: July 2012

Info Bersama: Jenis-Jenis Puasa

Masih pasal puasa lagi. Di sini saya nak berkongsilah untuk info bersama. Mesti ramai yang tidah tahu tentang jenis-jenis puasa dan bagaiamana. Puasa terbahagi kepada 4 jenis itu:-

Puasa Wajib

  1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun
  2. Puasa Qada
  3. Puasa Nazar
  4. Puasa Kifarat (denda atau tebusan terhadap orang yang melakukan persetubuhan pada siang hari bulan Ramadhan).

Puasa Sunat 

  1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah).
  2. 9 dan 10 Muharam
  3. Hari isnin dan khamis
  4. Puasa enam hari dalam bulan syawal
  5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.

Puasa Haram 

  1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal)
  2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah).
  3. Puasa pada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah.
  4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .

Puasa Makruh 

  1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja.
  2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.

Image

Semoga info di entri kali ini dapat memberikan kebaikan kepada pembaca agar tidak lagi ada kemusykilan bila boleh puasa dan bila tak boleh. Bila haram dan bila  makruh serta bila sunat berpuasa.

Wailalliqa’….

 
Leave a comment

Posted by on July 30, 2012 in Uncategorized

 

Puasa & Detoksifikasi

Image

Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Image

Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Mengikut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, “Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini ialah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan suatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa ketika sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Ia telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit-pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimoni pesakit-pesakit, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit.”

Mengikut Dr. Cindy Engles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, “Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke arah kesembuhan. Ia bermanfaat bukan sahaja untuk binatang malah juga untuk manusia. Puasa akan mencepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bakteria memerlukan zat besi untuk bertindak justeru dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya.”

 Image

Berpuasa dalam bentuk menghindari makan minum dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan. Dalam sebuah jurnal perubatan berprestij, The Lancet, disebutkan, “Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Jika berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian dari sebab-sebab lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu…” (Rujukan: Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)

Tambahan daripada itu, kajian yang dilakukan di Universiti Utah ke atas golongan Mormon yang berpuasa hanya sehari dalam sebulan mendapati ia merendahkan risiko mereka menghidap sakit jantung. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Fasting? It’s Good For The Heart dihttp://www.earthtimes.org/ bertarikh 7 November 2007.

Penemuan yang sama diperoleh berdasarkan satu lagi kajian yang dikenali sebagai IntermountainHeart Collaborative Study. Dalam kajian ini 515 pesakit telah diuji kaji di sudut kesihatan jantung. Kajian ini mendapati mereka yang kerap berpuasa mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung. Puasa dalam kajian ini ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling kurang, 2 kali berturut-turut (no food or drink for at least two consecutive meals). (Rujukan: McClure BS, May HT, Muhlestein JB, et al. Fasting May Reduce The Risk Of Coronary Artery Disease. American Heart Association 2007 Scientific Sessions; November 6, 2007; Orlando, FL. Abstract 3642)

Leon Chaitow (N.D., D.O., M.R.O.), pensyarah kanan di University of Westminster, London dan juga penulis kepada 50 buku yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan alternatif merumuskan, “Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, namun berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek adalah amat selamat.” (Rujukan: Fasting for Health and as an Anti-Aging Strategy, www.healthy.net)

Image

Puasa di bulan Ramadan boleh dianggap sebagai puasa jangka pendek. Justeru, secara dasarnya ia adalah amat selamat dan tidak memudaratkan.

 
2 Comments

Posted by on July 30, 2012 in Uncategorized

 

“POKE” in FACEBOOK. What about it?

A.    What is a poke? How do I poke someone?

When you poke someone, they’ll receive a poke alert on their home page. The poke feature can be used for a variety of things on Facebook. For instance, you can poke your friends to say hello.

B.    Meaning of Poke on Facebook

You can understand poke at facebook as to say “hey, you! wutsup”. It’s a communication option on facebook that allows users to say hello to or show interest in a friend without having to go through the tedious process of crafting coherent sentences in order to express one’s self.

But some people have wrong understanding that poke at facebook is symbol of disturbing. Following are the correct meanings of poking at facebook.

  • A “poke” is basically someone trying to get your attention It’s one of the meaningless features that are used just to annoy someone.
  • If you poke someone not in your network and they poke back. You can view their profile even if your not their friend!
  • A poke is when you allow someone to see your facebook page for 3 days, so they can know who you are and hopefully add you as a friend.
  • A way of saying “I like you” to someone without actually coming out and saying it to their face. If they poke you back, they are equally interested.

Example:

Lisa: I really like this guy, but I don’t know what to say to him.
Michele: Facebook poke him.

  • The Facebook poke is especially useful in the process of overanalyzing a potential romantic interest’s feelings about you based solely on impersonal online interactions.

Example:

Stan: I Facebook poked Wendy two hours ago, but she hasn’t poked me back yet!
Kyle: That sucks – I guess you’re going to have to find a different prom date.

There are some bad meaning about “poke” in facebook too. It depends on people mind actually. You can search it in http://www.UrbanDictionary.com or just google it. Cafefull with your “pokes”.

Do share it so that when you poke your friend he know the real meaing of poke and doesn’t take it wrong.

C.    What happens when I poke someone?

When you poke someone, a poke icon will appear on his or her Home page with the option to “Remove Poke” or “Poke Back.”

D.    Can I get a poke back after I remove it?

Once you remove a poke from your home page, you can’t get it back. But, you can still Poke Back. Removing a poke also allows the other person to poke you again.

E.    Who can I poke?

You can only poke a confirmed friend, someone that is in a shared network, or a friend of a friend.

Once again, do share it so that when you poke your friend he know the real meaning of poke and doesn’t take it wrong.

 
Leave a comment

Posted by on July 30, 2012 in Uncategorized

 

Kebenaran Itu Kadangkala Menyakitkan

 

Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan SELAMAT BERPUASA buat yang beragama Islam dan salam sejahtera semua. Semoga sekalian berada dala keadaan sihat walafiat sejahtera senantiasa.

 

Kau-orang (korang) dah tengok newspaper hari inikah? Kalau just tengok ja tiada guna juga tu. Sudah bacakah atau tiada langsung?

 

Korang dah makan? Breakfast? Sudahkah? Makan angin pun tiada guna juga sebab nanti kalau perut masuk angin mulalah nanti kepala jadi pening dan keluar balik angin-angin yang tak sepatutnya. Eh! Korang tak puasa kah? Kan sekarang ni bulan ramadhan.. Takpalah, itu hal korang kan.. Kepada yang tak berpuasa tu diucapkan selamat menjamu selera. Kepada yang berpuasa tu selamat menunaikan ibadah puasa.

 

Berbalik kepada topic, korang pernahkah teringin mau tahu siapa sebenarnya kekasih korang di masa lalu? Pernahkah korang mahu korek-korek ‘rahsia dia’ daripada kawan-kawan atau kenalan-kenalan lama dia ataupun membuat kaji selidik sendiri?

 

Pernahkah  terdetik di hati korang mau selongkar kehidupan lepas dia? Pernahkah sesekali korang bertanya padanya tentang kisah-kisah lalu dia sebelum mengenali anda?

 

Kamek percaya (kamek la pula tetiba)…kamek percaya ada di antara kita baik lelaki mahupun wanita seringkali mempunyai rasa ingin tahu seperti ini. Mengenali siapa dia kini tidak sama dengan mengenali siapa dia sebelum kamu mengenalinya. Mengenali siapa dia kini pun tak semestinya kita mengenalinya sepenuhnya kerana mungkin sekarang ini pun dia penuh dengan rahsia. Ini yang bahaya.

 Kadangkala persoalan-persoalan ini timbul apabila pasangan kita itu mempunyai kawan-kawan yang berbeza dengan perwatakan beliau. Contohnya, pasangan kita ni orangnya baik, sopan, bertudung litup, tapi kengkawannya ramai yang seksi, sosial, dan sebagainya. mesti lelaki ni nak tahu, siapa wanita yang dicintainya sebelum ini?

 

Kadang-kadang ada juga orang yang mendapat pasangan yang gila-gila, sosial, tapi kawan-kawannya ramai jugak yang dari ahli masjid. Ini adalah contoh. jadi ada dari kita tertanya-tanya dia ni baik ke tidak ni sebenarnya?

 

Wahai pembaca…………………semua…..

 

Kadangkala, menyelidik siapa pasangan kita yang sebenarnya adalah perkara yang sewajarnya. Namun (akan tetapi) jika kamurang dapat tahu tentang kebenaran tentang si dia, adakah kamurang akan menerima dia dengan seadanya?

 

Tidak semua orang dapat menerima kebenaran. kerana kebenaran itu kadangk-kadang selalu menyakitkan. Jika terasa diri kamurang tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, berhentilah daripada menyiasat dan mengetahui tentang kebenaran. Kebenaran ada yang indah, dan ada juga yang menyakitkan malah terkadang kebenaran itu seperti satu tikaman tajam di dalam sanubari yang sangat dalam sedalam-dalamnya.

Bagi yang kuat semangatnya, maka kekallah dia dalam keadaan yang waras. jika tidak, macam orang gila jadinya nanti. Kadang-kadang berlaku juga keadaan seperti sedang kamurang berkawan dengan teman baik yang banyak membantu kamurang dan begitu sayangkan kamu, sebenarnya dalam diam dialah punca utama kamurang berpisah dengan kekasih kamu. sakit kan menerima kebenaran itu? Kamu sangka selama ini perpisahan berlaku kerana kamu itu sudah tidak cantik atau tidak hensem di mata kekasih kamurang, kamu sangka mungkin sebab keluarga si dia tidak sukakan kamurang. tapi rupanya teman baik sendiri yang mengapi-apikan keadaan sehingga kamurang berpisah dengan kekasih kamu! Itupun setelah 2 tahun baru kamu dapat tahu (ini gunting dalam lipatan ni!).

 

Pernahkah kamurang mengetahui bahawasanya kamurang ni anak angkat keluarga?? Sebenarnya anda diambil dari rumah kebajikan…contohnya la..  Maka anda kaji selidik asal usul anda, anda adalah anak luar nikah!! Kemudiannya ibu anda seorang penagih dadah!! Bapa anda seorang pembunuh? Sangat perit menerimanya bukan?? Kehidupan kamua tidak seceria dulu. Diri kamu bukan yang dulu lagi sebelum mengetahui kebenaran. Muram…rasa terasing. rasa tertipu! Sakit hati dan kecewa!!

 

Ya, kadangkala tidak mengetahui kebenaran adalah lebih baik dari mengetahuinya. Adakalanya apabila kita mengetahui kebenaran, perasaan yang selama ini saying mampu bertukar menjadi benci. Diri yang selama ini baik menjadi jahat. Semuanya bakal bertukar sekelip mata. Jika mengubat kelukaan hati itu seperti menampal handplast, mudah la kerja kita.

 

Jadi marilah kita sama-sama persiapkan diri kita jiwa dan raga tak kira lelaki ataupun wanita untuk menerima kebenaran yang mungkin menyakitkan di dalam hubungan cinta, hubungan sahabat, hubungan keluarga. Tidak semua kebenaran itu menggembirakan. kerana jika ia tersembunyi pasti ada sebabnya. Pasti kerana tidak mahu anda terluka. Pasti kerana demi menjaga perasaan anda. Pasti kerana mereka menyayangi anda. Ataupun kerana ada cacing di sebalik mee..

 

Bukan tak boleh, tapi jangan memaksa diri untuk mengetahui kebenaran. Biarlah kebenaran itu terbukti dengan sendirinya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Jangan ja jatuh di atas batu ataupun di atas unggun api ataupun terlanggar pokok kaktus yang berduri tajam. Biarlah ia hadir saat kita bersedia menerimanya. Semoga hari ini jika kita mengetahui sesuatu kebenaran, ia tidak menjatuhkan kita..

 

Kebenaran terindah ialah apabila kita tiada siapa di dunia ini, tetapi kita tahu Allah sentiasa ada untuk kita!

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on July 23, 2012 in Uncategorized

 

Apabila kita sayang…..

Bila kita sayang orang tu,

Kita tunggu dia lama pun tak apa..

Tapi bila dia tunggu kita….dia marah-marah..

Hati kata, ala…adatlah ada yang mnunggu & ditunggu..

Bila kita sayang orang tu,

Kita tak tido pun tak apa layan dia yang tengah bosan..

Tapi bila kita bosan…ada dia layan kita?

Hati kata, takpe dia busy kot!

Bila kita sayang orang tu,

Kita gaduh dengan dia kita diam je..

Tapi dia heboh 1 dunia..

Hati kata takpe, dia tension tu..

Bila kita sayang orang tu,

Kita bercerita dgn dia, cerita dengan tunggul lagi baik..

Tapi bila dia bercerita dengan kita…kita kena dengar…sepatah-sepatah kena ingat..

Kalau tak ingat kita yang kena marah..

Hati kata takpe sayang katakan..

Bila kita sayang orang tu,

Kita & dia lapar…tapi kita bagi semua roti kita kat dia.

Hati kata, ala…jagalah hati dia…kesian kat dia sebab sayang la katakan..

Bila kita sayang orang tu,

Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih..

Tapi bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan. Adilkah camtu?

Hati kata, ala…bukan selalu pun..

Bila kita sayang orang tu,

Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit..

Tapi bila kita sakit, dia siap keluar dengan kengkawan dia meraikan hari kesakitan kita..

Hati kata, ala…takpe…takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam kan..

Bila kita sayang orang tu,

Kita tak pernah pentingkan diri sendri..

Tapi dia hipokrit tahap gaban..

Hati kata takpe, dia memang macam tu kena lah terima seadanya..

Bila kita sayang orang tu,

Kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya..

Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut..

Walaupun kita sakit, dia cakap kat kita…sakit biasa-biasa je tu.. Jangan nak mengarut..

Hati kata, camne lah dia bila kita takde…mesti dia happy..

Bila kita sayang orang tu,

Kita tak sanggup tengok dia derita..

Tapi dia tak pernah hargai diri kita..

Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia?

Bila kita sayang orang tu,

Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia..

Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita?

Hati kata, takpe… Janji dia bahagia..

DAN…

Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamanya……..

Dia datang ziarah pusara kita..

Dia minta maaf sebab pernah mengata kita..

Dia minta maaf sebab pernah buat kita tunggu dia..

Dia minta maaf sebab pernah paksa kita layan dia masa bosan..

Dia minta maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita..

Dia minta maaf sebab pernah tak hiraukan panggilan kita..

Dia minta maaf sebab tak pernah dengar luahan hati kita..

Dia minta maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia..

Dia minta maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita..

Dia minta maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita..

Dia minta maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri..

Dia minta maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita..

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT…

Image

Jadi, hargailah insan yang kita sayang dan menyayangi kita..

 
Leave a comment

Posted by on July 18, 2012 in Uncategorized

 

Tips Elak Kecurangan

Pasti ramai diantara kita setuju..kecurangan boleh menjadi penyebab terbesar virus yg paling ditakuti, mampu menghancurkan sesebuah perhubungan..tetapi kecurangan tidak boleh terjadi begitu sahaja…sebaliknya ia berpunca dari sebelah pihak atau pun kedua-dua pihak.. Tidak ada sesiapa pun diantara kita ingin menamatkan perhubungan tanpa hal munasabah atau alasan yg kukuh tanpa memberikan peluang kedua atau seterusnya apabila mendapati pasangannya telah berlaku curang kerana keyakinan dan kepercayaan telah tergugat olehnya….

hhmmm… jika kita dan si dia begitu menghargai dan menyayangi perhubungan yg telah dibina..ambillah langkah yg sewajarnya untuk memastikan hubungan tidak tergugat oleh kecurangan atau elemen-elemen negatif lain dan yg pastinya tiada siapa diantara kita yg ingin memulakan perhubungan yg bakal disusuli dgn perpisahan…

Marilah kita cuba praktikkan tips perhubungan yg terjalin tidak disulami dgn kecurangan sekali gus membawa kehancuran… 

  • Cuba kita bina tembok bagi melindungi hubungan kita daripada sesikapa yg mampu merosakkan hubungan..cakap-cakap orang adakalanya mampu menghancurkan perhubungan terutamanya sesiapa yg sememangnya dengki dgn kebahagiaan kita.
  • Cuba elak dari melibatkan hal-hal peribadi kita dan pasangan dgn orang lain (melainkan keluarga dan kawan-kawan yg boleh kita PERCAYAI
  • Sering berbincang bersama pasangan kita secara terbuka dan amalkan sikap give & take..(jika ada kesulitan diantara kita dan pasangan yg tidak mampu untuk diselesaikan..cuba la cari pihak ketiga yg boleh dipercayai dan mampu menjadi konsultan untuk kita minta pandangan)  
  • Elakkan dari bercerita tentang masalah peribadi kita dan pasangan dgn orang lain yg tidak mempunyai urusan terhadap hubungan kita.  
  • Cuba cari alternatif terbaik untuk meredakan hubungan yg sedang tegang dan jgn pula ditambahkan lagi rasa amarah yg sedang melanda..  
  • Jika kita memiliki teman ketika ditalian (teman yg dikenali semasa di chat room intenet) cuba hadkan hubungan itu dan jgn terlalu bersikap terbuka sebab ia akan menimbulkan rasa suka atau jatuh hati..perkara-perkara ini boleh menimbulkan perasaan cemburu dan negatif pasangan kita..  
  • Pastikan kita dan pasangan memiliki foto berdua untuk disimpan dalam dompet, diletakkan diatas meja atau screen handphone supaya ia memberi PERINGATAN bahawasanya kita sudah dimiliki hehehee….  
  • Jika kita dan pasangan terpisah dek jarak..pastikan komunikasi kita tetap berjalan baik. Sekarang ni dah ada pelbagai kemudahan komunikasi yg boleh digunakan..jadi tidak ada alasan untuk menjalinkan cinta jarak jauh asalkan dihati sentiasa dekat dan erat selalu..  
  • Ajak pasangan kita menghadiri majlis-majlis keramaian dan cuba elakkan dari pergi berseorangan kerana kemungkinan kita akan bertemu dengan orang yg berpontensi menjadi pasangan kecurangan kita..  
  • Cuba buat diari catatan mengenai hal-hal yg berkaitan dgn pasangan kita…ia pasti memberikan saat-saat manis dan pasti mematikan niat kita untuk berlaku curang terhadapnya bila kita kerap kali membaca catatan yg telah kita tuliskan..  
  • Jika kita tertarik atau tergoda dgn orang lain..cuba elakkan dan bayangkan keadaan orang tersebut dalam 5 tahun akan datang..tidak semestinya orang itu akan nampak menarik seperti sekarang dan cuba katakan dalam hati, pasangan kita adalah yg terbaik buat kita..  
  • Jika kita bertemu dengan persaing yg mungkin berniat ingin merampas kebahagiaan kita..pastikan kita melakukan perkara-perkara yg menyenangkan dalam usaha menambat kembali hati dan perhatian sehinggakan pasangan kita tidak menyedari kewujudan pesaing kita..

Image

Perkara paling PENTING yg perlu kita ingat ialah KOMUNIKASI YG BAIKCINTAKEPERCAYAANTERBUKARASA SALING MENGHORMATI dan MENGHARGAI SATU SAMA LAIN serta KESETIAAN adalah KUNCI menuju hubungan yg HARMONIS dan BAHAGIA

Memanglah HIDUP hidup di dunia ini TIDAK AKAN KEKAL selamanya.

Ada juga yang tak sempat ke jinjang pelamin pun.

Tapi cubalah SALING buat yg terbaik

untuk diri ANDA, PASANGAN ANDA dan HUBUNGAN ANDA.

Jadi, JANGANLAH CUBA BERLAKU CURANG! Ingatlah pada ‘Hukum Sebab dan Akibat’ ataupun ‘Hukum Karma’.

Image

Kalau kebaikan yang kita buat tak dibalas dengan kebaikan pada masa itu….tapi akan dibalas dengan kebaikan di masa-masa yang kita tidak sangka.

Ingatlah juga jika kita berbuat keburukan….mungkin masa itu juga kita dibalas dengan keburukan ataupun di masa-masa lain yang tidak kita sangka.. Dan jangan sampai kita menyesal kemudian tiada berguna Ingatlah..

 

 
Leave a comment

Posted by on July 17, 2012 in Uncategorized

 

Hukum Karma

Tengah aku surfing internet….terjumpa cerita ini.. Inilah yang aku panggil salah satu daripada Hukum Karma. Kauorang fikirlah sendiri. Selamat membaca semua.

Image

 

Dollah seorang suami yg mempunyai life yg boleh tahan jugak senangnya.. Beliau ada isteri bernama jainab, gemuk bini dia ni… Dollah ni ada awek len nama dia linda. Suatu hari linda konteklah si dollah ni..

Linda : sayang dimana? linda rindulah belaian abang dollah tu. mlm ni kita jumpa boleh? linda tul2 inda tahan sudah ni bang… laki linda pergi oversea, bolehlah kita memadu kasih sepuas hati..

Dollah : yakah? alamak abang pun dah berat biji dah lama nda ke ladang ni.. tinggi rumput dari ladang.. ok nanti kita jumpa mlm ni ok. syg ready2 lah ok.. cuci bersih2.. herrmmmm (bunyik harimau) geram dah abang ni tau..

Linda : Ok bang. bang mlm ni linda mau request sikit. linda mau abang cukur misai abang tu ok. linda suka kalau abg cukur misai cos linda mau tgk muka abg babyface tu… bolehlah k sayang?

Dollah : linda punya pasal abang cukur suma dari atas kebawah.. alang2 babyface.. ok malam ni abang pi rumah linda jam 11 begitu ok. tunggu jak abang.

Si Dollah ni senang hatilah mau jumpa girlfriend dia mlm ni. dia pun berfikir2 lah mcmana mau kelentong bini dia mlm ni.. setibanya dia dumah, dia berfikir alasan mcmana. Lepas si dollah ni makan mlm dgn bini dia, dollah ckplah dgn isteri dia.

Dollah : alamak ayang baru abg teringat bos abang bawa abang keluar lah mlm ni. kami kena entertain ada customer sampai dari jepun petang tadi.

Jainab : hmmm ndapalah bang… pigilah.. kalau soal kerja jainab tak kisah ok. so abang balik lambat lah ni kan. jainab bukan apa, risau jugak abang keluar mlm. angin mlm tak elok. klu soal kerja abang nda balik pun jainab ok bang.. abang kan mencari rezeki..

Dollah : ini yang abg syg kat ayang ni… abang balik jugak tapi mmg lambatlah tu.. subuh kot..

Jainab : takpa bang. pigilah.. jainab kat rumah jak ni.

Dollah kuarlah pergi tpt awek dia si linda ni. sebelum tu sempat lagi dia ni bercukur dlm kereta buang misai nya tu… bersemangat dia jumpa linda, melepaskan rindu berahi…

Jam 4.30pagi dollah sampai umah. dia pun terjengket2 masuk kerumah. dollah masuklah bilik perlahan2 tanpa membuka lampu. dia ndamau kacau bini dia yg dah tertido. dollah baringlah kat sebelah bini dia. sambil mengenangkan balik adegan dgn linda, dollah tertawa sendiri. bini dollah terbangun lalu memeluk dollah, sambil meraba2 kumis dollah yg dah licin tu. Lalu jainab berkata :

Astaga karim belum lagi ko balikk? jam berapa dah ni nanti laki kakak sampai tu kejap lagi.
Dollah terpinga2.. astagaaaa!!

 
Leave a comment

Posted by on July 17, 2012 in Uncategorized