RSS

Monthly Archives: June 2012

Oh My Sweetheart

OH MY SWEETHEART

Oh my sweetheart, wherever you are

I knew when I saw you, you had opened the door

I knew that I’d love again after a long, long while

I’d love again.

You said “hello” and I turned to go

But something in your eyes left my heart beating so

I just knew that I’d love again after a long, long while

I’d love again.

It was destiny’s game

For when love finally came on

I rushed in line only to find

That you were gone.

Whenever you are, I fear that I might

Have lost you forever like a song in the night

Now that I’ve loved again after a long, long while

I’ve loved again.

It was destiny’s game

For when love finally came on

I rushed in line only to find

That you were gone.

Oh my sweetheart, I’ll search on for you

‘Til all of your loveliness in my arms come true

You’ve made me love again after a long, long while

In love again

And I’m glad that it’s you

Hmm, you my sweetheart

 

 
Leave a comment

Posted by on June 25, 2012 in Uncategorized

 

Laluan Perjalanan Kehidupan

image

Setiap tempat yangt kita lalui
Pasti ada batu-batuan tajam
Duri-duri di tengah jalan
Tahi-tahi burung
Atau ranting-ranting patah
Yang jatuh dari atas
Pokok-pokok tumbang
Yang menghalang laluan
Laluan yang panas terik
Sekalipun yang membuatkan
Badan menggigil kesejukan
Sapaan-sapaan sesiapa
Atau apa saja
Yang mungkin melambatkan
Atau memudahkan perjalanan
Dalam cara yang berbeza-beza
Yang disukai atau dibenci
Mungkin juga hati dan perasaan
Yang berbelah bagi
Yang mungkin akan mempengaruhi
Perjalanan dalam kehidupan ini…

Kuatkanlah semangat..
Kuatkanlah semangat..
Kuatkanlah semangat..

 
2 Comments

Posted by on June 11, 2012 in Uncategorized

 

Pertengkaran Yang Lembut

Image

 

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

 

Image

 

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

 

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

 

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

 

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

 

Inginku kongsikan bersama tip-tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

 

Elak bercakap panjang

 

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

 

Tiada dendam dalam percintaan

 

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini. Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

 

Jangan mencari kelemahan pasangan

 

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

 

Jangan melibatkan hal lain

 

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

 

Jangan bertindak secara fizikal

 

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

 

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

 

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

 

Usah menjauhkan diri

 

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

 

 
3 Comments

Posted by on June 8, 2012 in Uncategorized

 

Sepetang Di Rumah

Selamat petang semua. Rasanya memang jarang sekali aku update blog aku ni. Al-maklumlah masih baru berjinak-jinak dengan blog-blog ni.. Tapi tak apa….slow-slow lah kan..

Image

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan buat semua yang menyambutnya. Semoga Hari Kaamatan 2012 ni memberikan kenangan yang indah-indah belaka sahaja. Kenangan-kenangan yang tak indah kita tolak ke tepi atau jauh-jauhkan ok.

Image

Tak lupa juga buat sahabat baikku A.. Selamat Pengantin Baru buat kamu. Semoga berbahagia hinggalah ke anak cucu cicit piut miut. Manalah tahu suatu hari nanti kita akan jadi besan. Insya Allah. Pasti selepas ini ada berlaku perubahan aktiviti dah kan. Tapi masih boleh adjust lagi tu aktiviti bersama sahabat handai bha..hehehe.. Mungkin juga aktiviti semasa hari keluarga..

Image

Dan tak lupa juga kepada sahabat-handai yang menyambut harijadi mereka. Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, sehat selalu dan rezeki melimpah ruah selalu. Terima kasih atas  jemputan-jemputan ke majlis harijadi.

Image

Janganlah stress sangat dengan kerja ok. Kalau stress dengan rumahtangga, cubalah bawa berbincang baik-baik. Ikut cara yang positif. Sama-samalah kita positifkan diri. Aku ni pun kadang-kadang selalu stress juga dengan macam-macam hal yang berlaku.. Apapun, aku cuba ikut nasihat-nasihat siapa-siapa yang aku rasa ada positifnya..

Image

Hari ini hari sabtu.. Seperti biasa duduk di rumah sajalah kecuali kalau ada aktiviti bersama kawan-kawan ataupun kekasih hati. Kelihatan Boboi, Buble dan Cici tengah bermain-main di dalam rumah. Habis tuala yang disidai berjatuhan oleh mereka. Sementara tu kelihatan Ogi tengah diam-diam termenung di tempatnya. Entah apalah yang dikifirkannya tu. Mungkin masa depannyalah tu kot. Ciko pula tengah baring-baring bersantai di beranda sambil melihat gelagat 3 ekor kucing yang tengah bermain-main itu.. (Note: Boboi, Buble dan Cici adalah si meow. Ogi si kura-kura. Ciko si arnab).

Image

Image

Image

Image

Semua housemates tak ada di rumah sekarang. Masing-masing dengan urusan mereka. Kesian dengan seorang housemate aku ni. Siok-siok tidur di call oleh bosnya disuruh outstation dengan segera ke Labuan kelmarin petang. Sabar ja lah Cardo. Yang sorang pula keluar pergi cari sayur. Yang 2 orang pula baru ja keluar tadi. Pergi having time together lah tu..huhu.. Yang sorang pula ada urusan kerja dan yang 2 orang lagi tu entah tak tau di mana. Langsung tak Nampak kelibat diorang.

Image

Oleh kerana malas nak masak, aku just pergi kedai ja di bawah beli Maggie Asam Laksa.. Mmmmmmmm…my favourite.. Tapi kata doctor tak boleh amalkan makan meggie ni selalu. Baiklah doctor!!

Image

Baru-baru ni pula kekasih hati jatuh sakit. Sangat merisaukan hati ini. Sykurlah beransur sembuh dah. Jangan lupa banyakkan minum air ok. Walaupun orangnya ada keras kepala tapi hati dan diri ini tetap juga sayang padanya. Dengan harapan semoga dia selalu sehat apatah lagi semasa menjalani praktikal di tempat orang nanti. Jagalah diri dan kesihatan ok. Luv u so much..

Taklah banyak aku nak bagitahu kat sini. Hanya sekadar apa yang ada dalam fikiran yang nak dikongsikan sahaja. Cumaaa…..ada satu perkara lagi nak tanya dengan korang.. Apa yang akan anda lakukan sekiranya kawan anda sendiri tiba-tiba hantar SMS pada kekasih anda lebih kurang seperti ini, “Hai…apa khabar? Saya kat hotel sekarang ni?”. Nasib baik kekasihku yang beritahu aku sendiri. Jadi, bolehlah aku berwapada juga.

Image

Jadi, kepada yang bergelar kawan janganlah nak cuba-cuba nak menduga kekasih orang lain. Cuba bayangkan pula kalau anda yang menerima situasi seperti ini. Kita semua kawan-kawan tak mahukan lawan. Peace…………..

Image

 
2 Comments

Posted by on June 2, 2012 in Uncategorized