RSS

10 Cara Untuk Sentiasa “Bergaduh” Dengan Adil

Imej

Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.

1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam

Selalunya,bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya,dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan.Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat,janganlah terlalu sangat “terasa”,jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”.Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti

Walaupun susah nak dibuat,anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus!Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!

Biasalah,dah terlalu marah sangat,anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat

Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja.Beri perhatian,sabar,tenang,buat “eye contact”,tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda.Bersama,dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay,walaupun rasa tak boleh tahan sangat,marah ke,“tension” ke,jangan angkat kaki,tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

 Imej

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 4, 2012 in Uncategorized

 

3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macam mana Nak Buat?

ImejOkay….sekarang tetiba je anda dah sedar…anda kembali “single”!

Jadi..apa nak buat ya..

Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan ber“dating” terlalu awal selepas putus cinta.Berapa awal ‘terlalu awal’ tu? Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

Kalau jari kita terluka, perlu masa untuk baik.Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh. Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja, perlukan masa.

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh anda selepas putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh.

Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras. Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.

Jadi macamana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!

Perlu anda faham, sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat,pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.

Dalam menilai diri sendiri,toloooooonngglah berlaku jujur..

Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja, perasan atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas. Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.

Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang telah kembali “solo”, anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu, apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda. Kalau boleh,buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.

Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar jadi matang dan berdikari.Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!

Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan gender yang sama saja,dating pun tak boleh, boleh…tapi bila ber’dating’ tu, anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta, nak lebih intim. Berkawan ramai sikit, ’dating’ lebih dari seorang, tak salah sebab itu atas dasar berkawan. Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya!Kawal diri, perasaan dan sedar batasan anda. Tujuan anda hanya untuk berkawan,itu saja.

Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara. Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak!Katakan kalau kita demam la ya, doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita, beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja. Ini tindakan BIJAK. Jadi jangan terlalu cepat ok!

Perhubungan yang terputus, memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh. Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda. Anda perlu faham, sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya, ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.

Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat.Kita salahkan bekas kekasih, mak mertua, adik-beradik ipar, saudara mara,kawan-kawan dia atau kita, sesiapa saja silap-silap ayam, kucing, kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar!

Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas, senang je…pergi tengok cermin. Dah nampak? Ya, andalah masalahnya!
Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain. Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda, apa yang telah anda buat, bagaimana cara anda berfikir, cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan, dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.

Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda! Ini adalah misi utama anda. Bina semula hubungan dengan diri anda. Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda. Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Selain itu, pada masa yang ada ini, luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.

Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru, diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.

Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda. Ambil masa, jangan gopoh. Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka. Kemudian buat sesuatu yang lain! Ubah sikap negative. Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda, luka di hati akan mula sembuh.

Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi, anda akan rasa lebih baik, lega dan hati akan mula tenang. Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Macamana aku boleh bertindak dan berfikir macam tu”. Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda. Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda. Dalam masa yang sama, anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau, anda takkan biarkan ia berulang lagi.

Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku, anda juga bertanggungjawab. Tau macam tu je tak cukup. BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pulak!

Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda. Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh. Pilihan di tangan anda.

Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.

Walau apa pun, yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?

Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita, kecewa macam ni, saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan. Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang. Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.

Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke? Kena faham ya, penderitaan anda ini hanyalah sementara. Derita putusnya cinta BOLEH sembuh. Anda boleh!

Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.

Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.

Mulakan sekarang!

Imej

Semoga aku diberikan kekuatan..

 
1 Comment

Posted by on September 4, 2012 in Uncategorized

 

Resepi Untuk Hubungan Yang Sihat

Imej

Sebagai permulaan, adalah penting untuk bertanya kepada diri anda sendiri apakah anggapan anda terhadap hubungan sebenar. Anda perlu memahami apakah keperluan dan keinginan anda daripada seseorang itu, dan apakah yang sanggup anda berikan kepada mereka. Dengan cara ini, anda akan dapat melihat dengan segera pada temujanji anda yang pertama, samada anda ingin meneruskan dan berusaha untuk hidup bersama, dan sekiranya orang yang satu lagi juga berperasaan sebegitu (kedua-dua pihak perlu diambil-kira).

Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk mempunyai hubungan yang serius (formal), anda berdua perlulah mengingati semula apakah yang telah membawa anda berdua untuk bersama pada kali pertama. Misalnya, apakah yang telah menarik anda berdua kepada satu sama lain samada dari segi fizikal dan emosi? Apa yang anda kagumi tentang personalitinya? Ini dapat membantu kerana ia dapat mengelakkan sikap sambil lewa terhadap pihak yang satu lagi, yang mana biasanya akan terjadi apabila 2 orang telah bersama untuk satu tempoh masa yang panjang. Ini tidaklah bermakna bahawa cinta mereka semakin pudar, tetapi ia menunjukkan sikap kurang untuk berusaha. Manusia biasanya menjadi malas selepas beberapa ketika kerana mereka mula rasa selesa dan selamat. Masalah ini boleh diatasi apabila kedua-dua pihak sanggup meluangkan masa dan usaha.

Setiap orang mempunyai kepercayaan dan pendapat mereka sendiri berkenaan sesuatu perkara, jadi jangan berharap seseorang itu sentiasa melihat sesuatu perkara mengikut pandangan anda. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mempunyai harapan yang sama terhadap sesuatu perhubungan itu, seandainya anda ingin mengelak dari berlakunya pertelingkahan yang kerap. Lihat pada perkara-perkara seperti samada perlu atau tidak untuk anda berdua berjumpa setiap hari, ataupun kerap melakukan hubungan seks. Walaupun berjumpa diantara satu sama lain setiap hari kelihatan bagus dan sihat untuk sesetengah orang, yang lain pula mungkin merasa tertekan dan perlukan ruang untuk bersendirian. Ataupun sekiranya hubungan seks merupakan keutamaan dalam senarai anda, tetapi bukannya keutamaan bagi pasangan anda, anda mungkin perlu mempertimbangkannya semula, kecuali kalau anda tidak kisah untuk menunggu dan sesekali menjaga diri anda sendiri … bergantung kepada berapa lama anda perlu menunggu ! (Nota: Hubungan seks untuk yang berumahtangga ok)

Imej

Kesabaran adalah salah satu kunci utama kepada suatu perhubungan yang sihat. Terdapat beberapa ketika apabila pasangan kita tidak bertindak balas mengikut cara yang kita berdua sukai, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita perlu mengambil secara serius atau peribadi. Sentiasa bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan fikir semula sebab-sebab mengapa pasangan anda bertindak sedemikian rupa. Membuat andaian dan terus membuat kesimpulan adalah langkah yang tidak sihat untuk diambil kerana itu menunjukkan kepada pasangan anda bahawa mereka tidak berhak untuk bertindak secara bebas dan mereka terasa seperti diserang, tambahan pula ia juga menunjukkan bahawa anda secara automatik akan beranggapan yang buruk-buruk terhadap mereka. Berikan pasangan anda masa dan biarkan mereka tahu bahawa anda akan sentiasa berada disisi mereka bila saja mereka telah sedia untuk berbincang. Tidak kira bagaimana situasinya, “sabar” adalah permata didalam sesuatu perhubungan, kecuali sekiranya pasangan anda sememangnya tidak mahu berbincang dengan anda (yang mana bermakna anda perlukan kaunseling atau tinggalkan sahaja perhubungan tersebut).

Kejujuran juga berada ditangga teratas dalam senarai semua orang apabila memperkatakan berkenaan apa yang mereka mahukan dari sesuatu perhubungan itu. Seseorang itu perlu tahu sekiranya mereka boleh mempercayai pasangan mereka kerana ianya mewujudkan suatu zon keselamatan dan keselesaan disekeliling mereka. Mereka perlu tahu bahawa sekurang-kurangnya mereka boleh bergantung kepada kekasih mereka untuk memberitahu mereka kebenaran, tidak mengira apa. Menjadi manusia bererti TIDAK sempurna, dan ini bermakna kita akan melakukan kesilapan. Namun, kita tidak sepatutnya membiarkan fakta ini untuk mempengaruhi kita melakukan kesilapan yang sememangnya kita maklumi pada masa hadapan. Sekiranya pasangan anda sengaja membuat kesilapan atau anda sendiri sengaja melakukannya, ini menunjukkan bahawa anda atau pasangan anda kurang menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain. Ini semua tidak sihat untuk perhubungan. Apa yang sihat ialah dengan menyedari bahawa kesilapan yang anda lakukan adalah suatu kesilapan. Anda atau pasangan anda perlu tahu bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah dan mereka perlu merasa simpati terhadap apa yang telah mereka lakukan. Apabila anda atau pasangan anda telah menyedarinya, anda kemudiannya boleh memikirkan cara bagaimana anda boleh mengaku kesalahan anda pada pihak yang satu lagi.

Penerimaan merupakan suatu keperluan didalam semua perhubungan. Tiada siapa yang ingin bersama seseorang yang mengadili mereka dan menolak mereka hanya kerana siapa diri mereka yang sebenar ataupun kerana sesuatu kekurangan pada personaliti mereka. Itulah dia keindahan menjadi seorang individu. Kita berhak keatas keputusan kita sendiri, hobi, matlamat, dsb. Apabila seseorang itu benar-benar menyintai anda, mereka menyayangi keseluruhan pakej yang datang bersama-sama anda, yang bermaksud fizikal anda, emosi anda dan impian serta hobi yang datang bersama-sama dengan anda. Orang yang anda pilih untuk bersama sepatutnya menyokong impian dan menghormati hobi anda.

Baik hati dan bertimbang rasa juga sama penting didalam perhubungan yang sihat. Pasangan anda perlu mengambil kira perasaan anda dan melayan anda dengan baik dan penuh perhatian, seumpama anda seperti sekuntum bunga mawar yang indah dan halus. Dia tidak perlu mengawasi anda seperti seorang pengasuh kanak-kanak, tetapi perlu berada disisi anda bila saja anda perlukannya, atau apabila anda tidak perlukan mereka, tetapi hanya kerana anda mahukan mereka. Mereka juga perlu ingin bersama anda juga. Tahap sesuatu hubungan itu bukannya bergantung antara satu sama lain untuk kesihatan diri kita, tetapi menjadi sebahagian dari hidup yang lain. Anda mesti bertanggungjawap keatas kegembiraan dan kehormatan diri anda sendiri, bukannya pasangan anda.

Jadi ingatlah, hubungan yang sihat adalah apabila anda dan pasangan anda boleh menjadi diri masing-masing, jujur diantara satu sama lain, bersabar, dapat menerima diri masing-masing, berbuat baik dan beringatlah untuk sentiasa bertimbangrasa. Dengan hubungan yang terbuka dan menyayangi seperti ini, kasih sayang anda pastinya akan berkembang seperti pohon-pohon yang berkembang indah, kerana ia menerima penjagaan yang cukup dari matahari dan alam sekitar. Pasangan kita adalah matahari dan air kita, sepertimana diri kita kepada mereka. Bersama, anda boleh mengekalkan hubungan yang gembira dan sihat.

 
Leave a comment

Posted by on August 26, 2012 in Uncategorized

 

Sharing is Caring: Tips Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa

Imej

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

Imej

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal..

Imej

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

Imej

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

Imej

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Imej

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Imej

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

 

 
Leave a comment

Posted by on August 21, 2012 in Uncategorized

 

Penting: Jangan Salah-ertikan Ungkapan ‘MAAF ZAHIR & BATIN’

Apa khabar semua? Amacam sambutan aidilfitri kali ini? Diharap meriah-meriah belaka. Kalau ada yang tengah bersedih atas sebab perkara-perkara yang menyedihkan, bawakan banyak bersabar ok. Di kesempatan ini aku nak ucapkan sekali lagi “Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin”.

Haaaa….kali ini aku nak berkongsi tentang “ayat” yang selalu digunakan semasa perayaan aidilfitri dan selalu juga ada di dalam kad-kad ucapan hari raya. Apa ayatnya? Baru juga aku ucapkan tadi. “Selamat Hari Raya Aidilfitri. MAAF ZAHIR & BATIN”. Haaaaa…yang aku maksudkan ialah ungkapan minta maaf tu lah. “MAAF ZAHIR & BATIN”.

Aku cuba cari dan research apa kata-kata yang sesuai untuk terangkan makna ungkapan ‘Maaf Zahir dan Batin’ ni. Ketika kita kecil lagi, sering kali kita mendengar ungkapan ini dan membacanya di setiap kad-kad Hari Raya Adilfitri yang kita hantar dan terima daripada sahabat handai dan keluarga. Orang lain tidak berhenti-henti mengucapkannya untuk memperoleh berkat kemaafan tulus ikhlas di sempena hari yang mulia.

Namun begitu, menjelang remaja di peringkat sekolah menengah, kita mula melihat ungkapan maaf tersebut mula ditukar kepada “MAAF ZAHIR” sahaja oleh orang perseorangan. Aku tertanya-tanya kenapa ada ungkapan “BATIN BELUM LAGI”? Kecilnya pemikiran! Apa yang mengejutkan lagi, di kalangan orang dewasa turut memberi ungkapan sedemikian seolah-olah ucapan itu hanya untuk ditujukan kepada pasangan suami isteri sahaja.

Tentu korang semua faham apa yang aku maksudkan disini. Ramai yang telah mengungkapkan satu  kenyataan berdasarkan fikiran yang pendek. Adakalanya aku rasa tak suka, tak berminat, kadang-kadang menyampah (ops..ndak la menyampah sangat juga bha…cuma terkilan bha) dengan ungkapan demikian namun kalau tak diberitahu, sampai ke anak cucu nanti kita akan terus mendengar ungkapan kata-kata sedemikian.

Apa yang aku fahami dan research di buku-buku, internet, sumber-sumber lain dan yang telah aku belajar, perkara ini bermula apabila pelajar-pelajar sekolah mendalami ilmu berkaitan perkahwinan terutama semasa berada di tingkatan tiga dan ke atas. Apabila sebut ‘batin’ saja, tidak ada perkara lain yang bermain di fikiran dan minda mereka. Walaupun begitu, apa yang mereka faham itu tetap masih salah. Jadi janganlah jadi pura-pura pandai. Hatta, kita semua….selagi hidup…selagi itu kita belajar….dan jangan salah belajar pula.

Bila bercakap berkaitan dengan ‘BATIN’, contohnya ‘URUTAN BATIN’ yang sangat popular ketika ini. Banyak kedai-kedai atau rumah-rumah urut dijalankan di seluruh Negara tak kiralah secara halal (sah) ataupun  secara haram. Ramai yang berfikiran asalkan batin saja, terus fikir ia bersangkut paut dengan alat kelamin. Namun begitu, banyak lagi perkara yang berkaitan ‘batin’ itu bukan menjurus kepada perkara sedemikian. Sebagai contoh ‘ILMU BATIN’ dalam persilatan, ia menjurus kepada ilmu melalui tenaga dalaman. Makna batin sebeginilah yang kita gunakan sejak berzaman-zaman yang menepati makna sebenar batin itu. Namun perubahan makna itu berubah apabila ramai tak kiralah orang muda atau orang tua yang menyalah ertikan pengertian ‘batin’ itu sendiri dan mengungkapkannya secara salah.

Satu lagi kesilapan orang kita pada waktu ini yang paling jelas ketara adalah apabila berbicara tentang NAFKAH ZAHIR & BATIN. Bagi yang berfikiran PENDEK, bagi mereka nafkah zahir itu merupakan nafkah dari segi kewangan dan harta benda sahaja manakala nafkah batin itu adalah hubungan kelamin suami isteri. Ini jelas memesongkan makna sebenar ‘batin’ sehingga orang terpaksa malu-malu hendak menyebut ungkapan ‘maaf zahir dan batin’. Penggunakan perkataan tersebut diubahsuai sehingga menyebabkan makna sebenarnya menjurus hanya kepada satu perkara dan menolak maknanya sebenar yang lebih tepat.

Untuk pengetahuan semua, ada seorang blogger yang telah mendengar ceramah daripada seorang ustaz. Ustaz tersebut berkata:

   “Hubungan kelamin suami isteri itu juga sebenarnya adalah nafkah zahir, dan bukannya nafkah batin. Segala perkara berbentuk fizikal seperti wang, harta benda serta khudrat itu tergolong dalam nafkah yang diistilahkan sebagai nafkah zahir kerana ia secara jelasnya terzahir. Apa yang diertikan sebagai nafkah batin itu sendiri sebenarnya adalah ilmu agama. Ia adalah nafkah yang tidak terzahir yang bersifat rohani dan dalaman yang perlu diserapkan oleh suami kepada isteri serta anak-anak”.

Ustaz tersebut memberitahu lagi:

   “Selalulah berkumpul bersama orang-orang alim walaupun kita bukannya alim pun. Yang penting ialah perkongsian ilmu itu lebih tepat. Kiralah berapa ramai diantara para suami-suami yang berjaya memberikan nafkah batin tersebut kepada isteri mereka yang berjaya memimpin isteri mereka ke arah nilai beragama serta mendidik melalui ilmu. Inilah yang ulamak sering menyebut bahawa para suami ramai yang gagal memberikan nafkah dari segi batin kerana ceteknya ilmu keagamaan serta kurangnya amalan. Ramai para suami lebih banyak berhibur berbanding mengikuti majlis-majlis ilmu sehingga gagal menyampaikan kepada keluarga dan mengajar mereka beragama”.

Berbalik kepada ungkapan ‘maaf zahir dan batin’, di sini aku ingin menekankan bahawa apa yang sering disebut sejak dulu-dulu lagi itu masih relevan. Apabila kita memohon KEMAAFAN dari segi ZAHIR, kita memohon keampunan yang bersifat zahir seperti kehilangan harta benda, terhutang sesuatu yang mungkin terlupa, tersalah pukul atau kesalahan-kesalahan lain BERSIFAT FIZIKAL. Manakala apabila kita menyebut KEMAAFAN dari segi BATIN, kita mengharapkan agar kita diampunkan andai ada perkara yang terbuat itu menyinggung perasaan tanpa orang lain sedari tetapi cukup memberi kesan didalam hati sehingga menimbulkan sakit hati dan terpendam. Dengan kata lain, kesalahan secara tidak langsung yang lahir mungkin dari kecuaian namun memberi kesan di dalam hati orang lain yang kita sendiri tidak sedari.

Bagi mereka-mereka yang terus-menerus terlupa akan hal ini, ubahlah persepsi kemaafan batin itu. Dikhuatiri nanti kita cuma memohon kemaafan yang terzahir sahaja sedangkan orang lain masih menyimpan rasa tersinggung perasaan disebabkan perlakuan kita yang kita ingat tidak memberi apa-apa…namun, ia cukup memberi kesan yang mendalam di dalam hati seseorang. Bahaya tu!! Silap haribulan kena blacklist nanti! Mungkin nasihat ini berguna untuk adik-adik yang baru meningkat dewasa yang sering menyalah ertikan maknanya. Tapi aku rasa nasihat ni sesuai untuk semua lapisan umur sebab ada yang dah dewasa pun masih lagi macam budak-budak.

Aku rasa kawan-kawan dan para pembaca semua cukup matang untuk berfikir akan istilah-istilah dan penggunaan perkataan, anda seharusnya lebih memahaminya dan kematangan anda harus digunakan agar anda tidak kelihatan seperti berfikiran kebudak-budakan.

Jadi di sini, sekali lagi aku dengan rasa rendah hati turut ingin memohon infiniti kemaafan zahir dan batin atas perbuatan dalam sedar, separa sedar ataupun tidak sedar serta semua yang tersurat dan tersirat. Sesungguhnya aku cumalah insan biasa yang sering melakukan kesalahan. Tiada yang sempurna di dunia ini tapi sama-samalah kita cuba untuk selalu memperbaiki diri kita.

Jumpa lagi di entri akan datang!!

 
1 Comment

Posted by on August 20, 2012 in Uncategorized

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Serta Batin (^_~)

Buat semua rakan-rakan dan sahabat handai tak kira di mana berada dan buat sesiapa sahaja di cakerawala ini..

Yang mengenali diri ini..
Yang telah lama mengenali diri ini..
Yang pernah mengenali diri ini..
Yang sedang mengenali diri ini..
Yang baru mengenali diri ini..
Yang belum mengenali diri ini..
Yang mahu mengenali diri ini..
Yang teringin mengenali diri ini..

★。★ * * ★。★。☆。*。☆。*。☆。★。★
★。★ * * ★。★。☆。*。☆。。☆。*。☆。★。★ * * ★。★。☆。*
。☆。。☆。★。\|/。★ * SÄ£AM AIDILFITRI * ★。/|\。★☆。*。☆。
。☆。★。* * ★。★。☆。*。☆。。☆。*。☆。★。★ * * ★。★。☆。*
。☆。。*。☆。★。★ * * ★。★。☆。*。☆。*。☆。★。★
MELAWAK tak selalu tapi MESRA..
Kasih tak DALAM tapi KEKAL..
Senyuman tak MANIS tapi IKHLAS..
Hati tak RINDU tapi TERINGAT..
MESEJ tak kerap tapi INGAT SELALU..
Dalam KERENDAHAN HATI ada KETINGGIAN BUDI..
Dalam KEMISKINAN HARTA ada KEKAYAAN JIWA..
Dalam KELEMBUTAN LIDAH ada juga KETERLANJURAN KATA..
Dalam GURAU SENDA tentu ada KEKHILAFAN & DOSA..
TERsilap bicara..
TERmarah yang tak kena..
TERtanya tak tentu hala..
TERsalah sangka..
TERsasul yang tak sengaja..
TERpukul kat mana-mana..
TERgigit entah kat mana..
TERpekik di telinga..
TERhantuk di kepala..
TERmoody tak semena-mena..
TERumpat bila-bila..
TERusik yang sengaja..
TERpelukcium yang tak disuka..
TERpegang kat mana-mana..
Dan segala macam yang “TER..TER”
atau yang TANPA “TER..TER” yang tak disuka..
Mohon maaf dipinta atas segala-galanya
dari hujung rambut hingga hujung kaki (~_-)
dari lubuk hati yang terdalam
kerana diri ini tidaklah sempurna..
Berhati-hatilah semasa dalam perjalanan pergi dan balik..
Semoga sampai dengan selamat..
Jagalah kesihatan dan semoga sejahtera senantiasa selalu..
Amiiinnn…
ZAHIR mewakili apa yang dapat dilihat dan dirasa oleh deria..
BATIN pula mewakili apa yang ada di dalam fikiran dan yang tak dapat dilihat dan hanya dapat dirasa oleh hati..
.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .. 
.. MAAF ZAHIR SERTA BATIN (^_~) ..
Daripada insan biasa:.
~ Sungai Kasih ~
 
Leave a comment

Posted by on August 19, 2012 in Uncategorized

 

Apabila Menduduki Rumah Baru…

Selalu kita mendengar pelbagai aduan apabila memasuki rumah baru…
Ada yang diganggu makhluk halus…
Ada yang diganggu binatan berbisa…
Ada yang tidak tenang apa bila berada di rumah baru…
Mesti macam – macam perkara telah dilakukan untuk mengatasinya…

Image

Antaranya buat majlis bacaan Yaasiiin…
Ada yang panggil orang yang lebih beragama untuk memasang pagar…
Dan yang paling selalu sekali panggil bomoh…
Siap asap – asap lagi…
Tak tahu ke yang asap tu makanan jin??
Jadi, apa yang nak kena buat bila masuk rumah baru??
Di sini penulis nak kongsikan beberapa petua yang perlu dilakukan apabila masuk rumah baru…

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: 
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Sekian untuk kali ini… 

Sumber: Internet.

 
Leave a comment

Posted by on August 16, 2012 in Uncategorized