RSS

Sakit gigi???!!! Sebab apa? GIGI BONGSU? Selamat Tinggal Gae Su…

08 Aug

Selamat tinggal buat Gae Su…….

Hari ini aku telah menjalani pembedahan yang dipanggil “Minor Oral Surgery of Impacted 48 ↓ LA”. Doktor tu bagus juga sebab dia tolong percepatkan appointment aku yang sepatutnya pada bulan September 2012 tapi ditarik ke hari ini sebab ada pesakit lain yang sepatutnya appointment mereka hari ini tapi malangnya tidak dapat datang atas hal mereka sendiri. Untunglah aku dapat appointment awal.

Apa bha ni sebenarnya Gigi Bongsu? Apakah makhluk tu? Adakah gigi bongsu ini merupakan adik-beradik yang paling bongsu dalam keluarga gigi?

Oh! Tidak sama sekali! Tiada yang bongsu mahupun sulung ataupun angah dalam keluarga gigi..hahaha… Tapi kalau keluarga kumpulan GiGi adalah camtu. Boleh tau mana sulung, bongsu, angah dan seterusnya.

“Gigi bongsu ialah Gigi Geraham Ke-3 yang akan tumbuh pada peringkat usia sekitar 18-30 tahun. Neh! Jaga-jagalah kamurang. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.”

Kepada yang dah ada gigi bongsu tu diucapkan Welcome To The Club..hehe..

Gigi bongsu yang terimpak (terhimpit) boleh menyebabkan :

• Kesakitan
• Jangkitan
• Kebengkakan
• Penyakit gusi
• Nafas berbau
• Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
• Kesukaran membuka mulut

Camni lah gigi bongsu tumbuh. Cuma gigi bongsu aku ni ada kembar lagi siap kiri kanan ada gigi kecil yang akar mereka melekat dengan gigi bongsu. Lagi perit.. Sejam jugalah kat bilik bedah tadi.. Fuh!!!

Camni lah gigi bongsu tumbuh. Cuma gigi bongsu aku ni ada kembar lagi siap kiri kanan ada gigi kecil yang akar mereka melekat dengan gigi bongsu. Lagi perit.. Sejam jugalah kat bilik bedah tadi.. Fuh!!!

Bila anda perlu jumpa doktor pergigian?

Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
• Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
• Kebengkakan muka
• Kesukaran untuk menelan
• Kesukaran untuk buka mulut
• Demam

Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?

Dapatkan rawatan secepat mungkin. Anda juga boleh cuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelumm ke klinik:
• Makan ubat penahan sakit
• Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam
• Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi
• Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas

Rawatan oleh doktor pergigian:

Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian :
• Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam)
• Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi)
• Jika gigi bongsu tidak terimpak – gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi)
• Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang – gigi perlu dicabut melalui pembedahan seperti yang telah dilakukan ke atas saya hari ini. X-ray gigi berkaitan perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

Jadi, untuk tidak mahu sengsara seumur hidup kerana gigi bongsu (sang penjahat)…..disarankan agar mintalah bedah kat klinik pergigian. Lepas tu tidak akan lagi sakit gusi gara-gara gigi bongsu. Memang semua dokor unit pergigian pun sarankan sedemikian rupa.

Masa aku di bilik bedah tadi ada 1 doktor dan 3 pembantu doktor lagi. Ni sorang doktor dan sorang pembantu doktor ja bha.

Masa aku di bilik bedah tadi ada 1 doktor dan 3 pembantu doktor lagi. Ni sorang doktor dan sorang pembantu doktor ja bha.

Diharap info ini dapat membantu. Aku harap selepas ini tiada lagi gigi bongsu aku akan tumbuh..huhuhu…

Selamat tinggal Gae Su (nama manja Gigi Bongsu Ku)….

 
Leave a comment

Posted by on August 8, 2012 in Uncategorized

 

Leave a comment